Hari Bersama Komuniti PI Kuala Sala

16 December 2018 | Aktiviti Terkini

Program hari terbuka komuniti pusat internet kuala sala di jalankan pada 15 dec 2018 di dataran pusat internet kuala sala.Program ini dijalankan bagi mempromosikan pusat internet serta kemudahannya dan juga mempromosikan program Skynet jom Berkampung. Pelbagai program telah diadakan seperti Taklimat Denggi oleh Pegawai Kesihatan Daerah Yan En. Saad Bin Rahim ,Sukaneka rakyat , aktiviti yang berunsurkan ICT serta taklimat dan demotrasi pemadaman kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Yan iaitu PKB II En. Mazlan Bin Yaakob.

Program ini bermula pada jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Program ini dirasmikan oleh wakil Maxis Pn. Noorly Iza binti Amir Roslan dan kehadiran adalah seramai 152 orang. Program ini mengambil masa selama 5 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali