Skynet “Jom Berkampung” Di Pi Kuala Sala

19 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

18 Okt 2018- Program Skynet “ Jom Berkampung “ Di Pusat Internet Kuala Sala merupakan salah satu program yang dibawa oleh Pihak Maxis ke Pusat Internet. Program ini bagi menjadikan Pusat Internet menjadi salah satu agen Skynet bagi memudahkan usahawan Kawasan setempat menghantar item perniagaan mereka.

Program ini bermula jam 2.30 petang yang melibatkan pelbagai pihak seperti MCMC HQ,MCMC Northern, Maxis,Nera dan Skynet. Progam ini dihadiri seramai 12 orang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali