Klik Dengan Bijak di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong
26 April 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2015 (Sabtu) Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sala (PI Kuala Sala) telah mengadakan Kelas Klik Dengan Bijak di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 103 orang termasuk pelajar lelaki dan perempuan. Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar mengenai cara mengunakan internet dengan bijak dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli siber atau mangsa jenayah media sosial/media elektronik. Peserta yang mengikuti program ini dapat mengenal pasti bagaimana cara mengunakan internet dengan betul dan bijak bagi mengelakkan mereka dari menjadi mangsa jenayah siber dan menjadi pengguna yang baik di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: