Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Penjual dan pemborong ikan segar
Encik usop merupakan seorang perniaga ikan segar dan sayuran bagi penduduk kampung seberang jaya dan kawasan terdekat. Kedai beliau merupakan tempat tumpuan penduduk kampung dan orang ramai kerana harga yang diberikan sangatlah berpatutan mengikut harga semasa dan kemampuan penduduk berdasarkan pendapatan penduduk setempat.
Bengkel Motosikal dan weldding
Abdul Latif merupakan seorang pemuda kampung yang menyediakan perkhidmatan baikpulih motosikal kepada penduduk setempat kerana kemahiran yang dimiliki beliau adalah anugerah atas usaha beliau. Bengkel ini menyediakan perkhidmatan berpatutan dengan harga yang mampu milik oleh setiap penduduk dan meringgankan beban penduduk sekiranya mengalami kerosakkan jentera atau motosikal.
Perniagaan Bahulu Panas.
Perniagaan bahulu panas ini merupakan salah satu perniagaan turun temurun yang dialankan bagi menampung keperluan hidup. Perniagaan bahulu ini mendapat tempahan dari serata tempat untuk majlis-majlis keraian malah mendapat tempahan hingga ke luar dari negeri.Perniagaan ini terletak dihadapan jalan Yan ke Kuala Kedah .Bahulu ini dijual dengan harga murah dan rasanya sangat sedap dan keaslianya dikekalkan sehingga kini.
Salon Rambut Muslimah
Salon rambut ini merupakan sebuah kedai yang dimiliki oleh seorang remaja perempuan yang diwariskan dari keluarganya. Salon ini menjadi tumpuan kepada penduduk kampung untuk mengemaskini penampilan seseorang. Harga yang dikenakan adalah sangat berbaloi dengan perkhidmatan ang diberikan.Kini salon ini semakin hari semakin maju dan dinaiktaraf untuk diperbesarkan.