Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Mencadat Sotong
Kampung Kuala Sala merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mencandat atau menjala sotong kerana penduduknya menjana pendapatan dengan menjual sotong dan membawa pelancong untuk belajar cara mencandat mengikut musim ang sesuai diantara bulan jan-mac.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.
Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan
Tempat yang boleh dilawati ialah di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, Kota Sarang Semut, Alor Setar yang mana menghasilkan sebanyak 111 mempelam jenis klon tempatan dan luar negera. Dengan keluasan 4.85 hektar, sebanyak 512 pokok telah ditanam di dalam pusat ini sejak ianya ditubuhkan pada 1997. Menurut Pengurusnya, Osman Yusuf, pusat teknologi terbabit turut tersenarai dalam kalender pelancongan negeri Kedah sebagai salah satu tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung di kawasan sekitar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan pelancongan agro pertanian di kalangan pelancong dalam dan luar negara.