Kelas Membuat Kek Span dan Kek Tiramisu
21 April 2015 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2015 (Isnin) Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sala (PI Kuala Sala) telah mengadakan Kelas membuat kek span dan kek tiramisu.Program ini dihadiri seramai 7 orang perserta yang terdiri dari Penduduk setempat dan ahli kumpulan Amanah Iktiar. Program yang bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang ini bertujuan untuk menambah nilai kemahiran serta melahirkan usahawan di kalangan penduduk semtepat supaya dapat menjana pendapatan sampingan bagi menangani masalah kewangan ketiga negara melaksanakan GST serta kenaikan harga barang. Peserta yang mengikuti program ini dapat mengenal pasti bagaimana cara menguruskan kewangan yang lebih sistematik supaya tidak berlakunya pembaziran tetapi sebaliknya meningkatkan pendapatan dan kewangan keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: