Program Tambah Nilai Usahawan Dalam Perniagaan
24 Januari 2015 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2015(jumaat) Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sala (PI Kuala Sala) telah mengadakan Program Pembangunan Tambah Nilai Usahawan Dalam Perniagaan.Program ini dihadiri seramai 5 orang perserta yang terdiri dari usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) setempat. Program yang bermula seawal jam 2:30 petang hingga 4:30 petang ini bertujuan untuk, memberi pendedahan kepada usahawan IKS mengenai kaedah pemasaran secara atas talian (Online), penjenamaan semula produk secara lebih kreatif dan moden, serta teknik mengambil gambar produk yang berkesan. Sewaktu program ini dijalankan ruangan promosi produk juga turut dilancarkan untuk membantu usahawan setempat memasarkan produk mereka di PI Kuala Sala.Program ini juga telah mendapat maklum balas yang positif dari perserta yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: